Kebanyakan daripada kita pastinya akan gugup ketika diminta untuk bercakap di hadapan ramai orang. Bagaimanapun, kemahiran untuk berucap dan bercakap di hadapan orang ramai merupakan kemahiran yang ‘power’ bagi transformasikan bisnes ataupun kerjaya anda sendiri.
Mengapa perasaan gugup ini hadir dalam diri ramai orang termasuk usahawan. Apabila anda bercakap di hadapan sekumpulan orang, melontarkan idea baru atau memberikan pembentangan membuatkan risiko untuk anda disisihkan.
Tangan mula berpeluh kerana kita takut dimalukan atau dihakimi orang lain mengenai pemikiran, idea atau cadangan yang dilontarkan. Justeru itu, bagaimana anda nak mengatasinya dan mengurangkan rasa takut dan gugup ketika berucap?
Manusia takut kepada sesuatu benda yang tak diketahui. Sama seperti ucapan atau pembentangan yang dibuat tidak diketahui hasilnya nanti. Sebab itu, jadikan tidak tahu kepada sesuatu yang tahu dan insyaAllah keyakinan akan bertambah ketika bercakap kepada audiens anda.
4 strategi atasi ketakutan bercakap di depan orang :
1. Sedar bahawa ketakutan itu normal.
Rasa takut dan gigip merupakan perkara normal. Justeru itu, terima perasaan ini dan jadikannya buat diri anda lebih baik lagi.
2. Ubah perspektif anda.
Mungkin ketika berada di depan audiens anda, ada terfikir “Apa akan jadi kalau aku tersilap cakap? atau apa akan terjadi jika ucapan aku tak bagus”.
Jadi, cuba tidak fokus pada prestasi sendiri, sebaliknya mula fikir apa yang anda berikan kepada audiens. Bolehkah ucapan anda memberikan manfaat kepada audiens, mengajar mereka sesuatu yang baru atau mempengaruhi mereka?
Maka, buat keputusan dengan ubah perspektif anda bagaimana ucapan anda dapat beri manfaat kepada mereka.
3. Wujudkan suatu ‘ritual’ sebelum berucap.
Ritual ini merupakan rutin mudah yang dapat membantu dari segi emosi anda dan membuatkan anda lebih positif. Ada orang membacakan kata-kata inspirasi, latihan pernafasan atau apa saja yang berkesan bagi anda.
4 Bina memori otot anda.
Tahu tak kenapa atlit dapat bertahan di bawah tekanan luar biasa? Mereka bukannya superhero, cuma mereka sentiasa berlatih atau praktis yang akan membina memori otot.
Umpama seorang pemain bola yang mengambil sepakan penalti yang akan menentukan kemenangan bagi pasukannya merangkul Piala Dunia. Sudah pasti tekanan yang ada begitu besar namun disebabkan latihan sepakan penalti dibuat membuatkan dia dapat mengawal gemuruh itu.
Lakukan apa yang anda takut dan sering melakukannya. Bila anda selalu bercakap maka ia akan membina memori otot dan seterusnya akan memudahkan anda untuk bercakap kepada orang ramai.
25 Comments
Terima kasih, ilmu in yang DOC bagi.sangat bermanfaat bagi saya.
t.kasih di atas email ini saya bersyukur Allah tunjukkan jalan berasbabkan berguru dengan DOC…semoga Allah sentiasa memberkati DOC,FAMILY N TEAM RICHWORKS…mungkin ilmu yang di beri nampak sedikit tapi memberi impak yang besar buat saya apabila saya buat apa yg DOC bagi…TQ SO MUCH TO ALL OF YOU N I,M VERY VERY APPERCIATE…
perasan takut semasa menjual produk kadang kadang membuat saya putus semangat dalam berbisnes. Ada yg meremehkan usaha saya sehingga saya rasa takut dalam mencuba. Insyaallah 4 strategi mungkin mampu mengubah diri saya untuk melawan rasa takut saya.
Terima kasih atas ilmu…
Perkongsian yang amat baik. Dengan permulaan bercakap secara LIVE akan melatih diri supaya lebih yakin bila bercakap dengan orang ramai, walaupun ianya berbentuk virtual.
Terima kasih Team RichWorks kerana pro-aktif memberi ilmu yang tak putus-putus kepada sesiapa yang memerlukan.
In sya Allah, saya nak jadi USAHAWAN JUTAWAN yang BERJAYA. Berbakti kepada mak abah, berbakti kepada masyarakat dan yang paling penting pikul amanah Allah untuk melihat orang lain dapat dari apa yang kita berikan kepada mereka.
Terima kasih
InsaAllah .saya akan belajar berani bercakap buat live .
In sha Allah saya akan buat Yang terbaik.dah pernah buat tapi tak konsisten.Bila dah Hari Hari buat tak tau nak cakap apa
Terbaik cikgu
Apa 5 soalan yg patut ada dalam fikiran bila nak bercakap tentang sesuatu topik?
Saya akan cuba.. Da lama sangat tangguhnya.. Mencari kesempurnaan.. Sampai 1 pun tak tercakap..
Insyaallah saya akan belajar bercakap dpn org ramai dan buat livero
Assalammualaikum semua teman2 dan guru guru dapat membantu kami dan terima kasih kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman dan saya bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada semua teman2
In syaa Allah saya akan selalu berlatih bercakap depan cermin..