Inilah masanya untuk bangsa usahawan berani melangkah dengan lebih besar pada tahun baru ini.
Adakah anda nak terus berada di tahap atau peringkat yang sama kali ini?
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bagaimanapun keberanian tersebut tidak boleh datang begitu saja tanpa adanya ilmu, strategi dan sistem yang betul.
Katanya, melalui ilmu, strategi dan sistem akan memberikan lebih keyakinan untuk usahawan itu bertindak.
“Siapakah di sini yang mahu lihat bisnes mereka melonjak berkali-kali ganda atau dapat membantu lebih ramai orang di luar sana?
“Saya pasti ramai usahawan mahu, tapi adakah mereka sanggup melakukan apa saja untuk capainya,” katanya.
RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan usahawan yang terbesar dan paling berjaya di negara diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 2008 lagi.
Bekerja Keras Sempena Tahun Baru
Tambahnya, tiada perkataan relaks sebenarnya meskipun baru bermula 2022 bagi usahawan yang nak bina bisnes berjaya.
“Lebih baik kita bekerja keras pada awal tahun ini dengan lakukan penambahbaikan dan pembaharuan yang perlu.
“Inilah masanya untuk lakukan tindakan yang signifikan, kecil atau besar bagi bawa bisnes terus berkembang pada awal tahun ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, rasanya masih tak terlambat kami mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bangsa usahawan.
Tahun 2021 sudah berlalu, pelbagai cabaran dilalui seperti pandemik dan banjir namun kita perlu bangkit semula.
RichWorks ada bersama-sama dengan anda, kami ada kepakaran dalam melatih dan membimbing usahawan yang mana di sini lahirnya usahawan jutawan. Layari binabisnesberjaya.com sekarang.
14 Comments
Learning point :
1.Result Matters-commitment, focus.
2.Decision and Choice-Clear with what do u archieve.
3.To the right environment-my circle
ilmu,strategi dan sistem yang betul menentukan kejayaan seorang usahawan.
Tiada istilah relaks. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tidak bertangguh dalam melakukan pembaharuan dan berani bertindak ke arah yang lebih baik. Bagaimanapun kesungguhan dan keberanian tidak mencukupi tanpa adanya ilmu, strategi dan sistem yang betul dalam perniagaan.
Inilah masanya UTK bertindak, jgn ulang kesilapan yang sama, brush up segala skills. Pandang kelebihan/keupayaan diri sendiri tanpa meletak batasnya. Tiada yang mustahil UTK dicapai selagi ada kesungguhan dan keberanian. Wait No More.
Tahun baru 2022 yang azam dan semangat saya ingin perbaiki racangan perniagaan melalui tambah ELMU yang sy hadiri di MMM seter perlu lebih fokus dan beri komitmen 100%
Tindakan Dengan ilmu yang akan bantu kita untuk berjaya