Perkara Penting Peniaga Perlu Tahu Tentang Pemasaran
Pemasaran atau ‘marketing’ merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Tanpa adanya pemasaran, bagaimana sesebuah perniagaan itu nak dapat keuntungan dari pelanggan? Produk pun tidak akan laku jika peniaga tidak kuasai pemasaran dengan betul.
“Business has only two functions, marketing and innovation.” – Milan Kundera.
Apa itu pemasaran?
Maksud pemasaran adalah satu aktiviti yang berlaku melibatkan pelbagai proses dari segi idea, perbincangan, tindakan dan maklum balas. Atau dengan lebih mudah lagi, pemasaran merupakan faktor penarik untuk sesebuah perniagaan mendapatkan perhatian pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat di luar sana.
Lagi gempak pemasaran yang dibuat, lagi padu keberkesanannya untuk orang lebih kenali brand dan perniagaan anda. Oleh sebab itu lah di dalam sesebuah perniagaan wujudnya kakitangan yang khusus untuk menjalankan tugas pemasaran.
Ini antara perkongsian kami berkenaan “Pemasaran”:
Kandungan Artikel
Bak kata penulis barat Milan Kundera, bisnes cuma ada dua fungsi iaitu pemasaran dan inovasi. Jika tidak ada pemasaran, maka sia-sia sahaja lah bisnes yang anda usahakan itu.
1. Kepentingan Pemasaran
Pemasaran sangat penting untuk perniagaan anda kerana dari situ anda dapat kenal dan tahu siapakah yang berminat dengan produk anda. Jadi, bolehlah anda membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap mereka dan mula lakukan pemasaran yang sesuai untuk target audience dan customer.

Kuncinya adalah dengan ‘mulakan’ sahaja dulu untuk lihat maklum balas mereka terhadap perniagaan anda. jika anda tidak mulakan, sampai bila-bilalah anda tidak ada target dan perniagaan susah untuk berkembang.
Jika anda membuat pemasaran dengan sebaiknya, orang akan berminat untuk mendapatkan produk dan servis daripada perniagaan anda. Jika perniagaan anda sudah semakin maju, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk dapatkan khidmat pemasaran yang baik ataupun hire pekerja yang pakar.
2. Strategi Pemasaran
Sudah pastinya ramai peniaga di luar sana menggunakan strategi pemasaran yang murah bagi mengelakkan kerugiaan jika ianya tidak berkesan. Kini, bermacam-macam cara boleh anda lakukan untuk pasarkan perniagaan bergantung kepada modal yang dikeluarkan.
Yang menjadi pertanyaan, berbaloikah duit yang diperuntukkan dengan hasilnya nanti?
Untuk anda yang baru mulakan perniagaan dan masih tercari-cari apakah strategi yang berkesan bagi memasarkan produk, ada beberapa cara yang boleh anda cuba antaranya:
- Hasilkan Produk yang Berkualiti.

Produk yang berkualiti mampu memudahkan kerja anda untuk pemasaran. Oleh sebab itu, berikan perhatian dengan mencari atau menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Tidak kira apa pun produk atau servis yang anda mahu pasarkan, pengguna akan tetap membeli dan mendapatkan khidmat anda jika ianya memuaskan hati mereka. Pengguna tidak akan berkira untuk belanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.
Oleh sebab itu, anda sebagai pengasas atau pemilik perniagaan perlu sentiasa mengekalkan kualiti produk anda supaya dapat meningkatkan kepercayaan pengguna.
- Hasilkan Bungkusan Produk yang Menarik.
Tidak dinafikan ada sesetengah pengguna di luar sana tertarik dengan sesuatu produk apabila melihat dari pembungkusannya sahaja. Ada pepatah mengatakan “jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran”, namun di dalam perniagaan faktor pembungkusan adalah satu perkara penting.
Untuk menghasilkan pemasaran produk yang baik, banyak aspek perlu diberi perhatian. Tidak terkecuali juga pembungkusan produk yang bakal dijual. Banyak contoh usahawan berjaya di luar sana menggunakan strategi ini.

Seperti kita perhatikan, ada pelanggan yang sanggup mengumpul setiap koleksi keluaran brand tertentu hanya kerana mahu mengumpul bungkusan brand tersebut. Ini merupakan satu taktik yang amat berkesan dan berjaya. Namun, harus disusuli juga dengan produk yang berkualiti agar berbaloi dengan duit yang dikeluarkan oleh pembeli.
Dengan menghasilkan pembungkusan yang menarik, pengguna dan orang ramai di luar sana lebih mudah untuk mengingati brand anda.
- Promosi

Sudah tentu sukar untuk mendapatkan pelanggan apabila anda baru mulakan perniagaan. Ada peniaga cuma mengharapkan kenalan rapat serta keluarga sahaja yang membeli jualan mereka. Jadinya, mereka tidak dapat mencapai jumlah jualan tinggi dan pelanggan yang ramai.
Kami syorkan anda membuat promosi yang bersesuaian untuk menarik perhatian orang membeli produk anda. Biar mereka beli dengan harga yang murah dan rasai sendiri qualiti produk anda, sudah pasti mereka akan syorkan kepada kenalan mereka pula jika mereka berpuas hati.
Dari situlah berlakunya mouth to mouth marketing asbab produk anda yang berkualiti.
Selepas itu, bolehlah anda meletakkan harga asal kembali.
Konsepnya disini, biar orang kenal brand dan produk anda dahulu. Pelanggan pertama selalunya menilai sesebuah perniagaan itu melalui pelbagai aspek termasuk harga. Oleh sebab itu, promosi adalah cara yang sesuai untuk mendapatkan pelanggan jika anda baru mulakan perniagaan.
- Medium Media Sosial.

Sekarang ini dunia hanya di hujung jari. Jadi, pemasaran melalui atas talian sangat disyorkan untuk anda. Paling penting, ianya percuma. Lebih mudah jika anda mahir menggunakan media sosial dengan baik.
Banyak platform yang anda boleh gunakan melalui media sosial untuk pemasaran antaranya Facebook page, Instagram, Twitter dan lain lain.
Jika anda menggunakannya dengan betul secara konsisten, lebih mudah dan cepat orang kenali anda. tidak kira sama anda perniagaan anda itu dijalankan secara online atau offline, cara ini terbukti berkesan.
Cara-cara di atas dapat anda praktikkan sebagai strategi pemasaran bagi produk yang anda jual. Apa yang penting, buat secara konsisten sehingga orang kenal brand anda. Banyak lagi kaedah-kaedah berkesan yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk anda.
3. Rancangan Pemasaran
Bagi mereka yang pernah mempelajari ilmu pemasaran pasti tidak asing lagi dengan pemasaran perniagaan 4P. Konsep ini diperkenalkan oleh E Jerome McCarthy yang merangkumi elemen PRODUCT, PRICE, PROMOTION dan PLACE.

Secara asasnya, 4P ini menjelaskan bagaimana pemasaran berinteraksi antara setiap peringkat perniagaan yang dilakukan. Ia sangat penting dan sering digunakan untuk memperkembangkan pasaran produk anda supaya mencapai target.
Product (Produk).

Produk yang dihasilkan merupakan nadi kepada perniagaan dan pemasaran anda. Anda perlu faham, produk bukanlah semata-mata entiti fizikal. Malah ia merangkumi segenap aspek lain antaranya perkhidmatan, organisasi, keperibadian dan lain-lain yang melibatkan perniagaan anda.
Jadi, anda bukan hanya mempamerkan produk pada mata umum. Anda juga mempamerkan diri anda sebagai pemilik dan kakitangan.
Tanpa produk, anda tidak boleh meletakkan harga, tidak boleh melakukan promosi dan tidak boleh ada perniagaan. Oleh sebab itu, dari semua 4 P, Produk adalah P yang paling asas. Apa produk anda?
Price (Harga).

Harga merupkan faktor penting yang akan menggerakkan perniagaan anda. Oleh sebab itu, harga yang anda letakkan pada produk itu perlulah bersesuaian dengan sasaran pelanggan anda. Bukan itu sahaja, pastikan pembeli juga berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Tidak ada gunanya kalau produk berkualiti tetapi servis tak bagus.
Promotion (Promosi).

P ini mungkin yang buat anda tertunggu-tunggu dari awal. Promosi merangkumi sebarang iklan, media cetak, atau dalam talian yang dibuat oleh pasukan pemasaran anda atau anda sendiri untuk meningkatkan kesedaran dan minat pelanggan terhadap produk anda.
Akhirnya, anda dapat menghasilkan lebih banyak jualan. Selama peringkat ini, anda mungkin akan melihat kaedah seperti kempen perhubungan awam, iklan, atau promosi media sosial giat dijalankan.
Place (Lokasi).

Penting untuk anda dan kakitangan syarikat menggunakan pemahaman dan analisis mereka terhadap pengguna perniagaan anda untuk memberikan cadangan ‘bagaimana’ dan ‘di mana’ mereka mahu anda menjual produk anda.
Mungkin mereka percaya laman web atau media sosial berfungsi lebih baik daripada lokasi premis runcit, atau sebaliknya. Mungkin mereka dapat memberikan gambaran mengenai lokasi mana yang paling sesuai untuk menjual produk anda, sama ada di peringkat permulaan, nasional dan antarabangsa bagi mereka yang bergelar usahawan.
Semoga definisi pemasaran 4P ini boleh membantu anda memahami tujuan pemasaran dan cara melakukannya.
4. Pemasaran Perniagaan

Terdapat dua jenis konsep perniagaan yang boleh anda gunakan pada masa kini. Ini bagi memudahkan anda menarik perhatian pelanggan dari segenap peringkat umur. Anda juga perlu memberikan perhatian terhadap pengguna yang berumur kerana ada sesetengah dari mereka tidak menggunakan peranti elektronik secara meluas dalam kehidupan seharian.
Antara konsep pemasaran tersebut adalah:
Digital.
Bonus untuk mereka yang bijak manfaatkan teknologi untuk memasarkan perniagaan. Banyak peluang Tapi, anda harus ingat bahawa pemasaran digital tidak hanya terletak kepada kepintaran anda menulis caption dan kepakaran anda menyunting video yang menarik di sosial media. Banyak aspek lain yang mendokong kejayaan sebuah posting.
Justeru, anda perlu belajar dengan mereka yang telah berjaya. Gunakan kuasa internet sebaik mungkin.
Tradisional.
Jenis pemasaran tradisonal sudah tidak asing lagi di dalam trend pemasaran perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan itu kecil atau besar, ia masih relevan untuk digunakan.
Walaupun anda memberikan fokus utama kepada pemasaran digital, anda tidak boleh lepas tangan pada kaedah tradisional ini. boleh dikatakan hampir setiap hari dan masa anda melihat jenis-jenis iklan tradisional. Antara yang anda sering lihat adalah:
- Cetak: Surat khabar, flyers, majalah iklan, kad perniagaan dan surat.
- Telefon: SMS.
- Outdoor: Billboard.
- Broadcast: Radio dan televisyen.
Pemasaran tradisional lebih mudah menyampaikan info kepada pengguna dan orang ramai, tetapi anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Banyak kelebihan Pemasaran Digital dan Tradisional ini, jika anda bijak lakukannya dengan ilmu yang tepat.
5. Pemasaran Produk dan Servis

Pemasaran digital yang berjaya semestinya melalui proses-proses yang kompleks, dengan strategi yang berbeza diperlukan untuk membantu meningkatkan lebih banyak petunjuk petunjuk, meningkatkan penjualan, dan mempromosikan brand anda.
Titik permulaan untuk berjaya adalah dengan memahami perbezaan antara pemasaran produk dan pemasaran perkhidmatan. Perbezaan yang jelas antara pemasaran produk dan perkhidmatan adalah bahawa produk itu nyata, dan perkhidmatan tidak ketara.
Mari kita lihat apakah perbezaannya.
Produk.
Produk ketara sering dianggap lebih mudah untuk dipasarkan kerana ia dapat ditunjukkan, disentuh, dipamerkan dan lebih mudah difahami oleh orang ramai. Mereka dapat lihat produk anda dari segi nilai dan keperluan mereka.
Servis.
Perniagaan jenis perkhidmatan merupakan perniagaan yang tidak ketara dari segi fizikal, lebih sukar untuk anda menunjukkan nilai. Orang tidak dapat melihat atau menyentuh perkhidmatan.
Oleh itu, tujuan perkhidmatan pemasaran adalah untuk menjalin hubungan baik dengan khalayak sasaran anda. dari situ anda dapat membangun dan membina kepercayaan hasil dari kualiti servis yang anda berikan kepada mereka.
Baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk memasarkan produk dan servis.
Jadi, penting anda memahami cara menggunakan pemasaran untuk meningkatkan kecekapan dan kejayaan perniagaan anda. Supaya anda dapat meneroka lebih banyak peluang untuk memasarkan perniagaan anda melalui perkongsian yang kami kongsikan.
Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pemasaran – Panduan Pemasaran & Digital Untuk Bisnes Dalam Pandemik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.
1 Comment
Leave a Reply Cancel reply
Artikel Berkaitan Pemasaran
Tips Urus Bisnes Fesyen Untuk Melonjakkan Perniagaan Anda!
Tahukah anda Versace merupakan sebuah jenama ikonik yang berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan ikon Medusa yang diperincikan dalam setiap rekaan fesyen. Jenama mewah ini yang

4 Strategi Pemasaran Barbie
Patung Barbie yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan kini berusia 63 tahun, sejak ia ‘dilahirkan’ di Pesta Barang Mainan Amerika Syarikat di New

Gunakan Viral Marketing
Apa benda lah viral marketing ‘ni? Macam best je, tapi OK ke? Apa yang anda tahu tentang viral marketing dalam bisnes? Pernah tak bila anda

4 Punca Susah Tarik Pelanggan Di Media Sosial
Adakah orang tahu bisnes anda? Kalau jiran sebelah rumah atau keluarga sendiri tidak tahu bisnes anda? Adakah semua orang tahu kewujudan bisnes anda? Jangan cakap

Pandangan Pelanggan Anda. 5 Manfaat Buat Usahawan
Anda tahu, pandangan pelanggan atau maklum balas atau feedback boleh letupkan jualan anda. Anda hanya memberi servis dan mengeluarkan produk, tapi pelanggan yang menggunakan produk

Kelebihan QR Code Dalam Bisnes
Pernah dengar QR Code? Apa bendanya tu? Anda pasti pernah lihat simbol kotak berwarna hitam dengan corak tertentu di dalam akhbar mahupun medium pengiklanan yang

5 Cara Memajukan Perniagaan Walau Bajet Sedikit
Anda mempunya idea untuk memulakan perniagaan dan sedia membawanya lebih tinggi. Namun, bajet pula sedikit. Adakah situasi itu akan membantutkan impian mahu jadi bangsa usahawan

7 Kesilapan Dalam Online Marketing Yang Boleh Buat Anda Gigit Jari
Dunia berkembang, negara semakin maju dan teknologi juga semakin canggih. Penggunaan teknologi semakin meluas bukan saja dalam dalam bidang teknologi maklumat, sains, malah juga dalam

Tips Mula Tulis eBook Anda
Bagi peniaga online, pasti pernah mendengar teknik pemasaran eBook dalam bisnes. EBook seperti sebuah buku panduan yang dihasilkan dalam bentuk digital dan hanya dapat dibuka

Keluarkan Artikel Dalam Newsletter
Apabila anda ada perniagaan, dah ada produk dan jenama sendiri, apa kata anda terbitkan artikel dalam bentuk newsletter untuk orang lebih tahu akan bisnes anda.

Tips Penggunaan Webinar
Siapa suka menonton Webinar Dr Azizan? Tahu tak, webinar adalah salah satu cara untuk anda ‘connect’ dengan pelanggan dan prospek. Anda harus mencubanya. Webinar adalah teknologi seminar online yang

Cristiano Ronaldo & Lionel Messi Kejutkan Dunia Bila Muncul Dalam Iklan Louis Vuitton
Iklan terbaharu jenama mewah, Louis Vuitton telah mendapat reaksi yang pelbagai kerana ia memaparkan dua bintang bola sepak terhebat, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi pada

Cara Buat Video Bisnes di YouTube. 8 Tips Untuk Anda
Hari ini kami nak kongsikan tips istimewa bagaimana usahawan di luar sana boleh tingkatkan perniagaan melalui laman YouTube dengan buat video bisnes. Kami pasti, tak

Zero Kos Marketing – Mak Limah Raya Sakan!
Mak Limah seorang yang bekerja keras dan komited dalam kerjanya namun berdepan masalah apabila diberhentikan kerja disebabkan pandemik C0vid-19. Wanita ini menjadi contoh kesusahan yang

Perniagaan Jenama Mewah
Selama berabad-abad, jenama mewah menjadi simbol status, kuasa, kelas dan gaya. Jenama seperti Armani, Gucci, Rolls Royce, Mercedes dan Ferrari telah digunakan oleh maharaja, taikun

Perlu Ke Buat Kajian Kes? 5 Manfaat Boleh Anda Perolehi
“Saya terpikat nak datang program Richworks lepas tengok video case study” Pernah ke anda rasa macam tu? Bila tengok video kami, ada tak anda rasa

3 Cara Pemasaran Starbucks Pikat Hati Pelanggan
Starbucks Coffee, nama tidak asing lagi bagi masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Pelanggan mungkin tidak kenal dan tidak kisah siapa individu penting di sebalik jenama

8 idea bisnes di bulan Ramadan
Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Pasti ramai yang dah mula membuat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini. Ada juga yang lebih advance

Nak Jalankan Bisnes Servis Kurier Digital? 3 Penyelesaian Terbaik Untuk Beri Perhatian
Membeli-belah secara atas talian bukan sesuatu yang asing dewasa ini. Ramai bangsa usahawan yang berjaya hari memulakan perniagaan mereka secara atas talian. Ekoran trend ini,

6 perkara perlu anda tahu tentang bunting
Hari ini, pemasaran digital memang penting. Tapi pada masa sama, pemasaran tradisional ada yang masih relevan untuk digunakan. Bunting memainkan peranan penting untuk membuatkan orang
Assalamualaikum. Saya berminat nak hantar team utk join kelas Tn Najib. Boleh email saya detail package dan content kelas. Terimakasih